Label

Sabtu, 10 Julai 2010

Sketsa Penjual Basikal

Salam dan salam sejahtera semua...diharap anda semua sihat dan dalam keadaan yang senang dan gembira. Disini kami ingin berkongsi sedikit luahan yang dialami oleh Penjual Basikal yang margin keuntungannya sangat sedikit berbanding "PENJUAL-PENJUAL BASIKAL GERGASI".Seringkali ada pembeli yang telah "MENGCONFIRMKAN PEMBELIAN" menipu kami dalam pembelian.Modal yang dilaburkan untuk mendapat sedikit margin terpaksa "TERGANTUNG" diawang awangan.Janganlah menganiaya kami penjual basikal kecil-kecilan yang marginnya juga agak kecil.Demi menjaga hati pelanggan kami tetap mengambil bike yang diingini walaupun marginnya kadang2 RM50 sahaja.Janganlah mengconfirmkan belian jika ternyata anda hanya sekadar suka-suka bertanya.Kami juga manusia yang ada maruah.Janganlah jadikan kami ini seperti peminta sedekah.Pernahkah kami menipu?Tidak pernah bukan.Jika ada sila tampil...modal yang dikeluarkan bukanlah ringgit puluhan mahupun ratusan...ribuan bukanlah nilai yang sedikit (bagi kami peniaga kecil-kecilan).Kekecewaan ini tidak dirasai oleh kamu-kamu yang menipu.Penganiayaan ini kadang-kala melemahkan semangat kami untuk meneruskannya.Diharap pada masa hadapan tiada lagi kes-kes seumpama ini berlaku.InsyaAllah kami akan teruskan tradisi menjual murah untuk kalian semua.Supportlah kami penjual basikal kecil-kecilan bermargin rendah ini.Bagi yang pernah berurusan jutaan terima kasih diucapkan.Salam dari kami di GILERGIANT.

1 ulasan:

  1. inilah asam garam berniaga, bro kena banyak bersabar..berniaga bukan untuk tolong kawan atau jaga hati pelanggan sampai kita yang susah..business is business, no money no talk..harap ianya menjadi pengajaran dan semoga bro tidak berputus asa...

    BalasPadam